Kami merupakan sekolah pilihan daerah Bayside dan salah sebuah sekolah campuran bebas yang terkemuka di Melbourne.

LONDON_shutterstock_229478404--tojpeg_1417791048879_x1

 

Selama lebih 100 tahun, kami membekalkan kalangan muda dengan pengalaman pendidikan yang hebat. Generasi demi generasi lulusan kami telah menikmati dan tumbuh mekar berkat aneka peluang yang ditawarkan di sini; peluang yang telah dan akan sentiasa kami tawarkan dalam suasana kasih sayang dan tekad yang tiada tandingnya untuk membangunkan perwatakan setiap anak secara menyeluruh. Itulah yang kami maksudkan dengan kata-kata ‘pendidikan untuk seumur hidup‘.

Kami mencari hanya guru yang terbaik dari serata dunia untuk memupuk aspek akademik, moral, rohani dan budaya pelajar muda kami supaya mereka dapat membangunkan keyakinan diri dan semangat berdikari. Dengan berbuat begitu, kami membantu mereka mengupas bakat, kegemaran dan nilai yang menjadi bekal bukan hanya untuk pendidikan mereka seterusnya, bahkan untuk sepanjang hayat.

Pelajar kami cemerlang dalam bidang akademik dan menikmati kemudahan terbaik serta beraneka pengalaman ko-kurikulum. Harapan kami agar mereka menjadi warga yang berjasa, yang faham bahawa nilai pendidikan bukanlah apa kebaikannya dalam kehidupan mereka tetapi, melalui mereka, apa kebaikannya dalam kehidupan orang lain.


Untuk memohon Pendaftaran – Klik di sini


Hubungi Pejabat Kemasukan